Ditulis oleh : Kereta.Co | Tarikh: 25/01/2024

Cara semak saman JPJ secara online dan SMS. Bagi sesiapa yang ingin menyemak saman JPJ, kini ianya bolehlah dilakukan dengan mudah melalui online dan juga SMS.

Di zaman yang serba canggih ini, semakan saman boleh dilakukan hanya melalui atas talian (online) sahaja. Ini memudahkan anda untuk membuat semakan terkini dengan lebih pantas tanpa perlu membazir masa dan tenaga ke pejabat JPJ atau Polis

Berikut merupakan cara untuk menyemak saman JPJ secara online dan sms.

Semakan Saman PDRM dan JPJ Melalui Aplikasi dan Web

Anda boleh layari mybayar saman untuk buat semakan. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu menggunakan IC.

Selain itu, boleh terus install aplikasi ini di smartphone anda.

Cara Semak Saman JPJ  dan PDRM - Aplikasi

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Cara semak saman JPJ  - Website

Berikut kami kongsikan cara untuk menyemak saman JPJ dan PDRM secara online.

Website MyBayar PDRM - mybayar.rmp.gov.my

Portal Rasmi JPJ - www.jpj.gov.my

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh membuat semakan pada pautan-pautan di bawah ini:

Cara semak saman JPJ DAN PDRM secara SMS (sistem pesanan ringkas)

Semakan SMS Saman JPJ:

Taip JPJ<jarak>SAMAN<No kad pengenalan atau nombor kenderaan> hantar ke 15888

contoh : JPJ SAMAN 910611111111   atau JPJ SAMAN ABC2345P

Semakan SMS Saman Polis PDRM:

Taip POLIS <jarak>No ic ataupun no kad pengenalan
hantar ke 32728

Semoga anda dapat menyemak saman JPJ dan PDRM anda bagi mengelakkan dikenakan tindakan mahkamah pada masa akan datang.

Pastikan anda membayar saman pada tarikh ditetapkan, sekiranya lewat, bayaran saman akan menjadi lebih mahal.

Dan semoga anda tidak lagi membuat kesalahan jalanraya yang boleh mengakibatkan anda di saman sekali lagi.

Sebagai peringatan, patuhilah undang-undang jalan raya dan bawalah kenderaan (kereta, motor, lori, van dan lain-lain) dengan cermat dan selamat.

Rate Artikel Kami
Informative
2
Graphics
0
Average
 yasr-loader

2 comments on “Cara Semakan Saman Polis Trafik dan JPJ”

  1. Saya nk tukar e-mail mybayar saman saya boleh tak... Sbb sy lupa password dan e-mail terdahulu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *