Pada tahun 2021 Perodua berjaya menjual sebanyak 190,291 kereta. Tahun lepas, mereka menjual 282,019 buah kereta, yang merupakan lonjakan besar sebanyak 48.2%.
Data di ambil dari website Paultan.Org - Perodua sales in 2022 – record high of 282,019 units sold
Memandangkan terdapat lebih banyak permintaan untuk kereta ini, Perodua dapat menjual semua unit kereta yang dihasilkannya serta-merta, dan pengeluaran pada 2022 meningkat sebanyak 49.5% iaitu sebanyak 289,054 unit.

Perodua Bezza ialah kereta sedan yang dikeluarkan oleh syarikat automotif Malaysia iaitu Perusahaan Otomobil Perodua Sdn Bhd dikenali sebagai Perodua.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, Bezza telah menjadi pilihan popular bagi pemandu yang mencari kenderaan yang praktikal, besar dan jimat minyak.
Design Bezza dibuat dengan tujuan untuk mencipta kereta yang bukan sahaja mampu milik tetapi juga mesra alam.
Dalam artikel ini, kami akan terokai pelbagai ciri dan faedah Perodua Bezza, dan melihat dengan lebih mendalam kenapa menjadi pilihan ramai pemandu Malaysia.

Bezza Exterior Design
Perodua Bezza ialah kereta sedan yang bergaya dan moden yang mempunyai muka hadapan yang sporty dengan garisan tajam.
Reka bentuk kereta Bezza direka untuk pemandu muda yang mahukan kenderaan yang praktikal dan menarik perhatian.
Bahagian hadapan kereta Bezza menampilkan grill tebal yang diapit dengan lampu hadapan(Head Lamp) yang nampak garang. Manakala bahagian belakang kereta didatangkan dengan set lampu ekor(Rear Lamp) yang unik.
Bezza boleh didapati dalam 6 pilihan warna. Dan yang paling menjadi pilihan ramai ialah bezza bewarna Garnet Red.
- Garnet Red
- Granite Grey
- Sugar Brown
- Ocean Blue
- Glittering Silver
- Ivory White
Bezza Interior Design
Perodua Bezza menawarkan ruang dalaman yang luas dan selesa, menjadikannya pilihan yang ideal untuk kegunaan harian.

Kereta Bezza mampu memuatkan sehingga lima penumpang, dengan tempat duduknya ditutup dengan fabrik berkualiti tinggi yang memberikan perjalanan yang selesa.
Ciri-Ciri Bezza Baru






Model Bezza 1.0 G MT
Bermula dengan model 1.0 G MT, Bezza didatangkan dengan ciri asas seperti power window, keyless entry, sistem penghawa dingin manual dan sistem audio asas dengan dua pembesar suara.
Model ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang ketat tetapi masih mahukan kereta yang menawarkan ciri-ciri yang baik.
Model Bezza 1.0 G AT
Beralih ke model 1.0 G AT, terdapat ciri-ciri tambahan daripada transmisi automatik. Ini menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari kereta mampu milik yang mudah dipandu, terutama jalan yang sesak, bergerak tetapi perlahan.
Model Bezza 1.3 X AT
Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih premium, model 1.3 X AT menawarkan ciri tambahan seperti sistem infotainment skrin sentuh dengan sambungan Bluetooth, reverse camera dan kawalan audio yang dipasang pada stereng.
Model ini sesuai untuk mereka yang mahukan kereta yang padat dengan ciri-ciri mewah tetapi masih berbaloi dengan harga.
Model Bezza 1.3 AV AT
Model 1.3 AV AT mengambil langkah lebih jauh dengan menambahkan ciri seperti lampu depan LED, lampu kabus hadapan dan push start button.
Model ini menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih premium, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kereta yang praktikal dan mewah.
Enjin Perodua Bezza

Secara purata dengan 1 litre minyak dapat membawa anda sejauh 22 km bergantung kepada cara pemanduan anda.
Harga Perodua Bezza 2023
Harga Bezza berbeza bergantung pada varian yang dipilih julat antara RM 34,580 dan RM 49,980, menjadikannya antara sedan dengan harga paling kompetitif di Malaysia.
