Ditulis oleh : Kereta.Co | Tarikh: 27/02/2024

Servis kereta secara berkala adalah penting untuk memastikan jangka hayat dan prestasi optimum kenderaan anda.

Jadual waktu servis kereta mungkin berbeza-beza bergantung pada jenama dan model kereta anda, akan tetapi secara amnya adalah disyorkan untuk mengikut garis panduan berikut:

Senarai servis diatas terpakai untuk majoriti kereta di Malaysia dan juga seluruh dunia.

Minyak Hitam

Tukar Minyak Hitam: setiap 5,000 km atau 10,000 km

Tugas penyelenggaraan rutin yang paling biasa untuk mana-mana kenderaan ialah penukaran minyak hitam. Kebiasanya disyorkan untuk menukar minyak enjin setiap 5,000 hingga 10,000 kilometer, atau setiap tiga hingga enam bulan, yang mana terdahulu.

Jenis minyak hitam:

  • Sintetik Penuh (Fully Synthetic) - Tukar setiap 6 bulan atau sejauh 10,000 km
  • Semi Sintetik (Semi Synthetic) - Tukar setiap 4 bulan atau sejauh 7,000 km
  • Minyak Mineral (Mineral Oil) - Tukar setiap 3 bulan atau sejauh 5,000 km

Penukaran minyak hitam yang kerap membantu memastikan enjin berjalan lancar dan mengelakkan sebarang kemungkinan kerosakan yang disebabkan oleh minyak lama atau kotor.

Penggantian Penapis Udara

Penapis udara memainkan peranan penting dalam menghalang habuk, kotoran dan bahan cemar lain daripada memasuki enjin.

Adalah dinasihatkan untuk menukar penapis udara setiap 15,000 km hingga 30,000 km atau sekali setahun, bergantung pada cara pemanduan dan kawasan anda.

Penapis udara yang bersih menggalakkan kecekapan bahan api yang lebih baik dan meningkatkan prestasi enjin secara keseluruhan.

Penggantian Spark Plug

Spark Plug atau dalam bahasa melayu dipanggil palam pencucuh bertanggungjawab untuk menyalakan campuran bahan api udara dalam kebuk pembakaran. Lama kelamaan, ia boleh menjadi haus atau kotor, menyebabkan kecekapan bahan api menurun dan enjin tidak berfungsi.

Disarankan untuk menggantikan spark plug setiap 30,000 km hingga 60,000 km atau setiap dua hingga tiga tahun, bergantung pada jenis spark plug yang digunakan.

Jenis-jenis spark plug:

  • Palam Pencucuh Tembaga / Nikel
  • Palam Pencucuh Platinum Tunggal
  • Palam Pencucuh Dwi Platinum (Double Platinum)
  • Palam Pencucuh Iridium

Pemeriksaan Brake System

Sistem brek adalah komponen penting dalam keselamatan kenderaan anda.

Pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem brek secara berkala adalah penting untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

Adalah dinasihatkan supaya sistem brek diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun atau setiap 20,000 km hingga 30,000 km, bergantung pada cara pemanduan anda.

Kalau jenis yang bawak laju tekan brek selalu tu kenalah cek brek kereta tu ya. Mungkin kene tukar salah satu part seperti: brake disk, brake pad, brake drum, caliper, dan lain-lain.

Coolant

Bahan penyejuk atau orang panggil coolant, membantu mengawal suhu enjin dan mengelakkannya daripada terlalu panas.

Lama kelamaan, coolant pun boleh tercemar, menyebabkan keberkesanan berkurangan.

Biasanya disyorkan untuk menggantikan coolant setiap 50,000 hingga 100,000 kilometer atau setiap dua hingga lima tahun, bergantung pada jenis coolant yang digunakan.


Untuk pengetahuan semua pemilik kereta, penting untuk ambil perhatian servis berkala kereta yang digunakan dan sebaiknya merujuk kepada manual kereta baru anda atau dapatkan nasihat daripada mekanik yang berkelayakan untuk cadangan penyelenggaraan khusus, berdasarkan jenama dan model kenderaan anda.

Servis kereta secara berkala bukan sahaja memastikan keselamatan anda di jalan raya tetapi juga membantu dalam mengenal pasti dan menangani isu yang boleh menjadi masalah besar dan kos yang mahal.

Rate Artikel Kami
Informative
1
Graphics
1
Average
 yasr-loader

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *