Ditulis oleh : Kereta.Co | Tarikh: 09/11/2023

Dikongsi oleh: Izzuddin Yussof (Pengguna Facebook)

Viral pasal Tesla semalam hahah. Yang paling mengejutkan semua adalah harga Tesla di Malaysia. Bermula dengan harga RM199,000. Itu satu harga yang sangat agresif, mahal sikit je daripada Jepun. Dan kelima termurah di seluruh dunia.

Aku agak yakin ramai yang beli BYD tahun ni akan rasa menyesal ????. Yang beli Tesla daripada importer tahun lepas jangan cakap la huhu. Silap-silap frust tak tidur malam.

Aku dah guna Tesla beberapa bulan. Tesla model 3 Long Range, Japan. Harga beli rendah lagi daripada Tesla model Y long range yang rasmi daripada Tesla Malaysia. So okay la. Takdelah pedih sangat hahah. Tapi ni kalau model 3 keluar confirm lagi murah gak drpd apa aku beli. Tak banyak mana beza la rasanya. Cuma mungkin paling awal dia mula jual pun tahun depan.

Owh btw, dalam EV…. Sentiasa la beli range sejauh mungkin haha. Walau extra 30km pun berharga tau. Jadi long range is the best. Kereta aku boleh pergi sejauh 575km.

Post ni akan jadi tersangat panjang, jadi aku straight to the point jelah ye

Ada dua benda yang bagi aku paling best berkaitan Tesla ni. Yang kalau orang test drive je, mesti aku suruh dia cuba dua benda ni

dashboard depan tesla model y

1) Acceleration (hanya untuk All-Wheel Drive)

Acceleration dia serius best haha. Macam naik roller coaster. Nak potong kereta lain tersangat senang. Ada je menyampah dengan mana-mana kereta, boleh tinggalkan dia macam tu je

0-100 km/j dalam 4.2 saat. (btw boleh beli software update acceleration boost untuk naikkan ke 3.7 saat. Macam tu je Tesla buat duit). Nak naik daripada 120 ke 180 km/j tu tak susah langsung. Lain daripada kereta biasa yang semakin laju, dah semakin susah nak accelerate. Tesla tak. Dia sama je. Dan dia tersangat smooth. Sebab takde sebarang perubahan gear kan.

Sejak bawak Tesla ni aku ada satu falsafah baru berkaitan bawak kereta

"Speed is just a number"

Aku pernah sekali kena potong dengan Tesla lain dengan sangat laju masa aku stuck kat lane tengah. Selama ni buat kat orang lain je. Damn laju hahahah. Feeling hopeless kalau nak kejar balik. Memang jangan harap.

Tapi jujurnya aku sikit concern dengan apa akan jadi kat Malaysia ni. Dengan harga yang murah tu, confirm akan bersepah kereta Tesla atas jalan, bayangkan ada bersepah kereta yang boleh bawak laju macam tu atas jalan kat Malaysia ni. Damn scary kalau Tesla ni dapat kat pemandu tak guna.

2) Autopilot

Autopilot (AP) ni terdiri daripada dua. Satu untuk kekalkan kereta betul-betul kat tengah lane, kedua untuk pastikan tak langgar kereta depan, dan accelerate sampai speed yang ditetapkan kalau depan kosong. Ah ye dia juga akan perlahankan kereta masa dekat corner.

Btw takyah nak sembang brand lain ada 'self-driving' level sekian-sekian. Memang takkan ada yang boleh lawan Tesla dalam bab ni huhu.

Kalau tekan brake, AP akan stop. Tapi kalau tekan accelerator pedal, dia hanya akan pergi laju tanpa membatalkan AP

AP ada speed limit dia. Tekan pedal sampai lebih daripada limit AP iaitu 150 km/h, korang akan kena block daripada guna AP sampai korang parking.

AP tersangat best guna masa traffic jam. Korang secara teori boleh buat apa sahaja masa tu, main phone ke makan ke tengok Netflix kat phone ke. Tapi itu secara teori, secara undang-undang tak boleh.

Masa bukan traffic jam? Pun sangat best dan reliable. Terutamanya dekat highway. Sejak ada AP ni sangat perasan benda paling malas dalam bawak kereta sebenarnya pada kena kawal stering haha

Pernah ke hampir accident sebab AP? Tak pernah langsung. Tapi ada masanya dia brake mendadak dan speed mendadak. Jadi aku lebih suka kawal speed sendiri berbanding biar AP handle speed kereta.

Jadi itulah dia dua benda paling best berkaitan Tesla ni. Satu lagi yang sangat best, adalah user experience dia

3) Driver Experience

Proses nak bawak kereta Tesla

  • bukak pintu
  • tekan brake
  • masuk D

Dah itu je. Kalau korang concern berkaitan security, ada satu lagi step tambahan iaitu masukkan code.

Nampak macam sama dengan kereta biasa? Haa ini steps kalau kereta biasa

  • tekan kunci untuk unlock pintu
  • bukak pintu
  • tekan brake
  • tekan button On untuk mulakan enjin
  • tekan brake
  • turunkan handbrake
  • masuk gear D

Nampak beza kat situ?

Dan kalau dah nak keluar kereta pun sama. Kalau Tesla sekadar….

  • bukak pintu kereta (dia auto masuk mode P)
  • tutup pintu kereta

Kereta biasa?

  • tarik handbrake
  • masuk gear P
  • matikan enjin
  • bukak pintu
  • tutup pintu
  • tekan butang untuk kunci pintu

Haa nampak?

Proses user experience Tesla sangat best. Phone kita adalah kunci kita. Kita datang dekat, pintu boleh bukak. Kita pergi jauh, dia tutup sendiri. Dan Tesla takde enjin. Jadi takde perlu start enjin atau matikan enjin. Terus masuk D dan jalan.

4) Boleh Kawal Dengan Phone

Tesla ada app, dan app dia boleh buat banyak benda. Paling utama adalah sebagai kunci kepada kereta kita. Jadi kita memang tak payah buat apa untuk bukak kereta dan kunci kereta. Semudah berjalan semata-mata.

Start enjin. Mati enjin. Nak tengok sentry camera (security camera) . Nak switch on sentry camera. Nak hidupkan aircond. Nak tengok charging status / stop / start charging. Nak bukak bonet. Nak tengok location dengan sangat precise. Etc

Kepada sesiapa ada Full Self Driving / Enhanced Autopilot, diorang akan boleh panggil kereta Tesla tu datang kat diorang sendiri daripada tempat parking. Aku takde btw, sebab baca review tak best mana pun.

Ah ye dan untuk yang beli Tesla baru kat Malaysia tu, korang boleh je beli terus EAP / FSD ni, sebab kalau beli dengan kereta dapat masuk amount loan rasanya haha. So berbaloi la.

Cuma kena tau la, function paling utama untuk full AP daripada point A ke B, takleh guna pun lagi. Dan aku rasa lama lagi. So… Bergantung la korang rasa berbaloi ke tidak haha.

Ah ye. Both Android dan Apple pun ada app yang boleh kawal Tesla dengan jam. Which is yup…. Much cooler haha.

5) Fun to Drive

Dah ada beberapa orang owner BMW drive Tesla aku dan memang puji cakap ianya sedap

Kalau korang pernah test drive banyak-banyak kereta sedan yang harga RM200k ke atas, korang akan tau yang dari segi fun to drive tu, BMW champion. Yang lain Merc ke Audi ke apa ke, bawah BMW. Well, benda ni subjektif la kot tapi.

Jadi bila owner BMW cakap Tesla sedap bawak. Maksudnya memang seriously sedap.

Sampaikan ada sorang tu cakap dia rasa dia tak suka Autopilot, sebab dia lebih suka drive Tesla ni daripada guna AP dia. Because it's a fun car to drive

6) Useless Fun Things

Aku rasa Tesla adalah satu-satunya kereta yang buat banyak benda useless for fun haha

Yang paling utama adalah Tesla Light Show. Kereta ni boleh keluarkan muzik dan main-main lampu, tingkap, bonet, untuk bagi macam dia menari dengan lagu tu.

Yang lain macam bagi keluar bunyi kentut dekat mana-mana kedudukan seat dalam kereta, mode AP jadi macam Mario Kart, boleh nampak macam travel dekat Mars. Boleh keluar gambar api kat screen acah-acah tengah camping depan api (aircond keluar udara panas)

Apa entah lagi haha. But yup. A lot of useless things for a car (normally). But it's fun.

7) Bumbung Kaca

Yea bumbung Tesla pure kaca. Tapi ianya langsung tak rasa extra panas ke apa pun. Penumpang duduk belakang suka la bumbung tu. Aku duk drive kat depan selalu lupa pun bumbung tu kaca

8) Apps

Yup. Ada banyak apps dalam Tesla. Netflix. Disney plus. Youtube. Games. Spotify. Apple Music. Zoom. TuneIn (untuk dengar radio). Etc

9) Sound System

Sound system dia masih paling best antara semua kereta kat dunia haha. Seriously. In fact lagi best pun daripada mana-mana built in TV speaker.

10) Software Updates

Aku agak yakin Tesla berani buang harga pada kereta, sebab dia buat duit pada software.

Software update dia sangat power, sampaikan kita akan rasa kereta Tesla kita semakin lama semakin best (tapi macam phone jugak, kekadang ada update rasa makin tak best haha)

Contohnya wiper. Masa awal aku beli, auto wiper dia laju sangat untuk taste aku. Lepas tu tetiba dah jadi best. Hanya dengan software update. Kalau kereta normal tu, hidup la dengan auto wiper tak best tu sampai bila-bila.

Full self driving, enhanced autopilot, acceleration boost. Semua tu 'upgrade' yang Tesla jual hanya dengan software update. Kat situ Tesla buat duit.

Dan dekat software Tesla juga yang jadikan tak wujud mana-mana EV lain yang boleh compete dengan Tesla. Terutamanya brand kereta yang dah lama wujud. Sebab diorang tak biasa buat satu kereta yang software dia semua fully integrated sampai boleh update hanya dengan wifi rumah semata-mata.

Sebab tu game EV ni yang banyak champion adalah brand baru. Diorang tak tersekat dengan corak pemikiran pembuatan kereta lama.


tesla model y interior view

Okay tu dari segi kereta. Macam mana pula dengan sebagai driver? Susah ke nak caj? Boleh ke drive jauh? Etc. Info ni berguna untuk bakal Tesla owner

1) Cari Tempat Charging

Tempat charging kat Malaysia sebenarnya agak banyak. Tapi masih takdelah cukup banyak haha. Hopefully Tesla Malaysia akan cepat-cepat install charger diorang merata tempat kat Malaysia ni.

App yang tunjuk semua tempat charging dalam satu app, adalah PlugShare. App tu semua jenis charger dia akan tunjuk. Tapi app ni tak boleh digunakan untuk charge.

Setiap brand charger akan perlukan app yang berbeza untuk charge. Jadi ini senarai app untuk charging station yang banyak di Malaysia

  • JomCharge - untuk Petronas punya charger (Gentari). Boleh juga guna app Setel. The best sebab dia caj berdasarkan kWh. Yang lain caj berdasarkan minit. Always choose Gentari if possible.
  • Go To-U - untuk TNB punya charger. Aku biasa guna yang ni dekat R&R Tapah Utara. Charger per minute.
  • chargEV - banyak dekat mall etc. Slow speed charging. Jadi boleh park dan tinggal lama tanpa rasa bersalah. Murah gak. Kalau kat R&R Tapah tu best sebab dia jadi macam dedicated parking spot untuk EV cars haha.
  • ParkEasy - untuk Shell punya charger. Charger paling mahal dan paling pandai makan duit orang. Nak guna je dah wajib minima ada 200 credit. Aku memang takkan guna melainkan emergency teruk. Kepada new EV owner, kalau boleh elakkan sesekali perlu guna dia ni haha. Not worth it.
  • Tesla supercharger - tak pernah guna lagi sebab takde kat Msia kan haha. Tapi ini patutnya akan sangat best untuk owner Tesla. Sebab tak perlu bukak app apa, dia akan auto detect dan auto tolak je daripada payment method yang kita set dalam akaun Tesla kita.

Of course on daily basis, caj kat rumah paling best.

Btw aku risau kalau berlaku kenaikan penggunaan Tesla yang mendadak kat Malaysia ni haha. Takut charging semakin susah lol.

Owh haa btw. Belilah saham TNB. Confirm untung besar TNB in the future haha.

Ah ye. Dengan aku langsung tak recommend beli Tesla kalau bukan rumah landed. Dan rumah landed pun sebaiknya elektrik three-phase. Banyak dah kes rumah fius diorang terbakar sebab charge EV dekat rumah single-phase.

2) Berapa Lama Untuk Caj?

Charger ada dua jenis. AC dan DC. DC charging biasanya laju, tapi tak elok untuk bateri. AC slow sikit. Tapi bagus untuk bateri. Jadi on daily basis, biasa gunakan AC. DC ni guna kadang-kadang je

Biasanya kalau kat rumah, akan gunakan AC charger. Home charger ada banyak jenis. Daripada 2kW sampailah 11kW

Aku punya gunakan 7kW. Memandangkan bateri kereta aku 82kWh, jadi secara teori kalau kereta tinggal 0%, aku perlukan 11 jam untuk penuhkan sampai 100%.

Tapi itu secara teori. Secara praktikal on daily basis aku guna dalam 30% je bateri. Jadi sehari aku caj dalam 3-4 jam je.

DC punya charging biasanya super laju. Tapi DC punya charging semakin lama akan semakin inefficient. Bermaksud kalau charger tu tulis capacity dia 100kW sekalipun, kalau charge 30 minit, boleh jadi average kW yang dapat hanya 60kW. Jadi dapat la dalam 30% daripada battery kalau charge 30 minit.

Secara teori charger Shell yang 180kW tu boleh jadikan kereta penuh dalam 30 minit. Tapi realitinya akan lagi lama sebab efficiency tu semakin lama semakin jatuh

Btw aku sangat menantikan Tesla mula install supercharger diorang haha

3) Berapa Jauh Boleh Pergi?

Well sangat bergantung battery capacity.

Tapi kiraan kasar. Setiap 10kWh bateri capacity, boleh drive sejauh 70km

Haa kira la sendiri.

Kat website Tesla yang untuk order tu, korang boleh tengok sendiri berapa jauh dia boleh pergi.

Tapi berapa jauh sebenarnya sangat bergantung speed kita bawak. Speed yang tertera tu digunakan untuk speed 110km/j

Secara kasar, kalau korang bawak 50% lebih laju, iaitu dalam 165km/j, maksudnya distance yang korang boleh bawak akan berkurang sebanyak separuh.

Sebab tu orang macam aku, walaupun secara teori Tesla lepas je nak sampai Penang, tapi secara praktikalnya takkan cukup.

4) Nervous Tak Masa Traffic Jam?

Antara salah faham terbesar, orang ingat EV ni macam kereta ICE, yang makan minyak masa jem

Jangan lupa, bateri EV ni digunakan kalau nak bergerak. Bateri tak digunakan apa kalau kereta tak bergerak (melainkan untuk aircond etc). Berbeza dengan ICE yang enjin masih gunakan minyak selagi mana enjin tak dimatikan, menjadikan minyak berkurang ketika traffic jam.

Malahan disebabkan traffic jam takleh bawak laju, secara ironinya, bateri aku lebih jimat sebab terpaksa bawak slow haha.

5) Auto Emergency Break

Hmmmm ni benda aku tak minat sangat berkaitan Tesla. Walaupun drive biasa, auto emergency break dia terlalu power

Bila terlalu power, dia boleh brake mendadak, dengan tinggalkan gap yang agak besar dengan kereta depan.

Masalah kat sini, kereta belakang tak semestinya boleh brake selaju tu ????.

Aku pernah hampir eksiden disebabkan ni.

6) Single Pedal Driving & Regenerative Braking

Bawak Tesla ni dia single pedal driving. Bermaksud kita lepas je accelerator pedal sikit, dia dah mula brake.

Maksudnya accelerator pedal kena sentiasa tekan. Awal-awal mungkin kekok sikit. Tapi lama-lama akan biasa

Lepas dah lama betul akan rasa best. Sebab kaki kat situ je. Berhenti pun takyah tekan pedal brake. Sebab dia memang auto regenerative braking

Regenerative braking ni, sambil brake, sambil dia caj balik bateri tu.

Jadi sebolehnya kurangkan la tekan brake pedal. Supaya tak makan brake pad. Silap haribulan dah 10 tahun pun tak perlu replace brake pad tu.


akan datang tesla model y ke malaysia

Dari segi kos dan ekonomi. Berbaloi ke?

1) Charging Cost Jauh Lagi Murah Daripada Minyak

Beza besar antara caj kat rumah vs caj dekat charging station.

Caj kat rumah sangat jimat. Kalau dulu kos minyak RON95 aku sebulan dalam RM600-700, sekarang ni kos elektrik naik dalam RM200-250. Bermaksud kos elektrik EV lebih kurang 1/3 daripada kos minyak. Jadi aku jimat sebulan dekat minyak sahaja dalam RM400-550

Tapi kalau caj kat charging station luar, banyak la faktor dia. Tapi senang kata lebih kurang macam kos minyak RON95.

Overall, EV sangat menjimatkan. Terutamanya kalau korang memang drive banyak setiap hari macam aku (sehari 2-4 jam dalam kereta). Kalau korang drive 15 - 30 minit je sehari, tak beza mana la

Cuma….. Kena ingat la. Sekarang bil elektrik kalau lebih RM703 sebulan, bil korang akan dikenakan tambahan 20 sen/kWh. Sekaligus akan jadikan bil mahal gila haha

So….. Untuk owner EV, install solar kat rumah akan sangat berbaloi.

2) Tak Wujud Keperluan Servis Berkala Setiap 10,000km

Ni second thing aku paling suka dari segi kos. Dia tak perlu servis setiap 10,000km.

Hanya ada 3 servis sahaja yang setahu aku diperlukan

  • tire balancing and alignment - yang ni ikut keperluan. Kalau rasa balance dan align je tak perlu pun. Dan buat kat workshop biasa bayar RM90 pun cukup
  • brake pad - sangat-sangat lamaaa baru kena tukar. Lepas dah beratus ribu kilometer. Sebab brake dengan Tesla mostly menggunakan regenerative breaking. Jadi kalau jarang tekan brake pad, maka lambat la haus
  • air wiper - yeaa. Sounds funny. Tapi air wiper la 'servis' yang paling kena hadap pun. Itupun kalau selalu guna

Emmm haa. Tu jelah yang wajib.

Jadi takde la servis berkala setiap 10,000km macam kereta ICE

Untuk orang macam aku yang 10,000km tu dicapai dalam masa 3 bulan, benda ni sangat jimat. Penjimatan bulanan tu boleh jadi dalam RM200-400.

Jadi campur kedua-dua ni, untuk driver macam aku, menggunakan Tesla jimat sebanyak RM600-800 sebulan. Banyak tu.

Sekarang…… Lastly nak jawab salah faham yang biasa orang sembang

1) Bateri Nanti Nak Ganti Mahal

Kena tau dua benda. Bateri digalakkan ganti bukan sebab rosak. Tapi sebab capacity dia berkurang. Tesla recommend tukar kalau capacity berkurang bawah 80%.

Maksudnya daripada boleh pergi 575km tu, sekarang full charge jatuh kepada 460km. Haa baru digalakkan tukar

Tapi itupun bila dia akan capai? Lepas drive lebih daripada 400,000km…. Which… Tersangat lama la haha. Untuk kebanyakan orang kereta lama macam tu dah tak kisah dah.

2) Bawak Tesla Boleh Tidur daripada KL ke Penang

Nope, tak boleh. Full self-driving kat Malaysia tak available lagi. Yang ada influencer tayang kat tiktok tu berlakon semata-mata

Standard Autopilot tangan kena pegang stering. Kalau tak pegang nanti dia keluarkan warning. Ignore warning kita akan kena block daripada AP.

Dah. Sekian. Gila panjang entah sape je baca haha.

Kepada semua bakal owner Tesla. Aku nak payung satu je

This works. Seriously ???? (use at your own risk)

Rate Artikel Kami
Informative
1
Graphics
1
Average
 yasr-loader

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *