Ditulis oleh : Kereta.Co | Tarikh: 27/02/2024

Sebagai pemilik kereta sudah semestinya kita nak jaga kereta sehabis baik. Dapat beli kereta sendiri pun satu pencapaian yang sangat memuaskan selepas bekerja keras berbulan-bulan.

Jadi penjagaan tayar juga merupakan aspek penting untuk memastikan kenderaan dalam keadaan selamat semasa memandu.

Kenapa penjagaan tayar sangat penting?

  • Memberikan cengkaman yang baik di jalan raya, mengurangkan risiko tergelincir dan kemalangan.
  • Membolehkan kenderaan beroperasi dengan baik.
  • Membantu meredakan getaran dan bunyi bising bila bawa di jalan raya, bila drive jadi lebih selesa dan tenang.
  • Kenderaan lebih berkuasa dan efisien dalam penggunaan bahan api.
  • Dapat menjimatkan duit dalam jangka masa panjang.

Pastikan Tekanan Angin Tayar Sentiasa Cukup

check angin tayar
check angin tayar

Setiap jenis kereta mempunyai ukuran tekanan angin tayar yang tidak sama, kerana tekanan angin sesuatu tayar bergantung kepada jenis kereta dan tayar yang digunakan.

Untuk mengetahui sama ada sesuatu tekanan angin tayar kereta yang optimum, anda boleh perhatikan Maklumat Tekanan Tayar (Tire-Loading Information) yang biasanya terletak di bahagian dalam bingkai pintu depan bahgian pemandu.

Buka pintu hadapan kanan sebelah pemandu, di sebelah kanan kerusi pemandu, terdapat pelekat yang memaparkan maklumat mengenai jenis dan tekanan tayar.

Pastikan angin tayar kereta sentiasa mencukupi. Korang boleh periksa sendiri di stesen minyak berdekatan untuk check tayar korang dan pam angin kalau tak cukup.

Angin tayar kereta ni boleh set bacaan PSI berdasarkan pada sticker yang ada kat tepi pintu kereta bahagian pemandu.

Kekerapan: 2 minggu sekali

Tekanan Angin Tayar Perodua Aruz

Saiz Tayar215/60 R17
Tekanan Angin35 - 36 Psi (240 - 250 kPa)

Tekanan Angin Tayar Perodua Alza

Saiz Tayar185/55 R15, 185/65 R15, 195/60 R16
Tekanan Angin30 - 33 Psi (206 - 227 kPa)

Tekanan Angin Tayar Perodua Ativa

Saiz Tayar205/65 R16, 205/60 R17
Tekanan Angin35 - 36 Psi (240 - 250 kPa)

Tekanan Angin Tayar Perodua Axia

Saiz Tayar175/65 R14, 175/65 R14, 175/60 R15
Tekanan Angin29 - 32 Psi (200 - 220 kPa)

Tekanan Angin Tayar Perodua Bezza

Saiz Tayar175/65 R14, 175/60 R15
Tekanan Angin28 - 31 Psi (193 - 213 kPa)

Tekanan Angin Tayar Perodua Myvi

Saiz Tayar175/65 R14, 175/65 R15, 185/55 R15
Tekanan Angin29 - 32 Psi (200 - 220 kPa)

Periksa Ketebalan Bunga Tayar

check ketebalan bunga tayar
check ketebalan bunga tayar

Bila ketebalan bunga tayar kereta dah kurang, ini menyebabkan fungsi tayar juga berkurangan yang mana keupayaan untuk menyingkirkan air dan cengkaman jadi kurang dan jarak brek juga akan meningkat.

Purata ketebalan selamat adalah di antara 6 – 8mm. Manakala ketebalan bahaya adalah pada 1.6mm dan korang wajib tukar tayar kereta.

Masa ni tayar pun dah nampak rata, bunga tayar pun dah tak ada.

Silang atau Tukar Posisi Tayar (Tire Rotation)

rotate tayar
rotate tayar

Silang tayar atau tire rotation ni selalunya kita akan tukar tayar belakang ke bahagian depan. Kenapa kena buat macam ni?

Sebab tayar depan biasanya tidak tahan lama berbanding tayar belakang. Rotation ni boleh dibuat pada setiap 8000 – 10000km sekali.

Kekerapan: Setiap 8000km - 10,000km

Alignment dan Balancing Tayar

buat alignment dan balancing pada tayar
buat alignment dan balancing pada tayar

Alignment ni senang je nak tau ianya dalam keadaan baik atau sebaliknya. Masa korang memandu tu, kalau terasa stereng tu senget atau tak selari dengan tayar kereta, alignment dah lari laa tu.

Balancing pula, bila korang rasa stereng tu dah bergegar kuat masa memandu. Korang disarankan buat balancing ni setiap 6 bulan sekali.

Kekerapan: Setiap 6 bulan

Baca: 7 Jenama Tayar Terbaik Untuk Kereta Perodua Anda

Rate Artikel Kami
Informative
0
Graphics
0
Average
 yasr-loader

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *